Betapa besar cinta Rasulullah kepada
kita, tetapi sedetik pun kita tak rasa cinta kepada Rasulullah, langsung
tidak rasa bersalah apabila meninggalkan sunnah baginda..
“Ya Allah, kau tanamkanlah rasa cinta ku kepada Mu dan Rasul-Mu”.. Tak
dapat bayangkan macam mana perasaan para sahabat ketika nabi wafat.
Tapi kita sekarang, tak rasa sedih langsung walaupun Rasulullah telah
meninggalkan kita.
Daripada Abbas r.a Rasulullah saw bersabda : “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad saw”
Jibrail a.s akan datang kepadanya membawa
seekor buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang
membawa pakaian-pakaian syurga. Israfil bersuara “wahai roh yg baik !
Kembalilah ke tubuh yg baik maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yg
kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika
rasulullah saw berdiri, baginda saw telah membuang tanah di atas kepala
dan janggut baginda saw. Baginda saw melihat kanan dan kiri. Baginda saw
menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda saw bersabda “kekasihku Jibrail! Gembirakanlah aku !”
Jibrail as berkata: “apaakah yang kamu lihat di hadapanmu ?”
Baginda saw bersabda: “bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibrail as berkata: “adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yg terpacak di atasmu ?”
Baginda saw bersabda: “bukan itu maksud pertanyaanku.
Baginda saw bersabda: “aku bertanya kepadamu akan umatku. Dimana perjanjian mereka ?”
Baginda saw bersabda: “nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Jibrail as menyeru “wahai sekelian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yg telah disediakan oleh Allah taala”
Umat-umat dtg di dlm keadaan satu-satu
kumpulan. Setiap kali nabi Muhammad saw berjumpa satu umat baginda saw
akan bertanya: “di mana umatku ?”
Jibrail as berkata: “wahai Muhammad!
Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as dtg, Jibrail as
menyeru: tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibrail as menangis.
Nabi Muhammad saw berkata: “mengapa kamu
berdua menangis.” Jibrail as berkata: “bagaimana keadaan umatmu,
Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “dimana umatku ?” Jibrail as berkata:
“mereka semua telah dtg. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demekian, nabi
Muhammad saw menangis lalu bertanya: “wahai Jibrail! Bagaimana keadaan
umatku yg berbuat dosa?”
Jibrail as berkata:,”lihatlah mereka wahai Muhammad saw!”
Nabi Muhammad saw bertemu umatnya yg
berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka
sambil menyeru: “wahai Muhammad!”
Nabi Muhammad saw bersabda: “wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Allah taala berfirman di dalam keaddan
dia amat mengetahui sesuatu yg tersembunyi: “di mana umat Muhammad saw?”
Jibrail as berkata: “mereka adalah sebaik umat.”
Allah taala berfirman: “wahai Jibrail!
Katakanlah kepada kekasihku Muhammad saw bahawa umatnya akan dtg untuk
ditayangkan di hadapanku.”
Jibrail as kembali di dalam keadaan
menangis lalu bertanya: “wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk
ditayangkan kepada Allah taala”
Nabi Muhammad saw berpaling ke arah
umatnya lalu berkata: “sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk
dihadapkan kepada Allah taala”
Allah taala berfirman: “hari ini, kami akan nenbalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.
Hari ini, aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiku. Dan, aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhapaku.
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.
Nabi Muhammad saw menyeru: “tuhanku.. Penguasaku penghuluku..! Aku tidak
meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku darimu!”
Ketika itu juga, mereka jahanam berseru: “siapakah yg memberi syafaat kepada umatnya ?”
Neraka pun berseru: “wahai tuhanku..
Penguasaku dan penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari
seksaanya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku. Bara apiku,
penyiksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah.
Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Nabi Muhammad saw lebih-lebih lagi sedih.
Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda saw
sujud di hadapan arsy Allah swt dan sekali lagi, baginda saw rukuk untuk
memberi syafaat bagi umatnya.
Para nabi melihat keluh kesah dan
tangisannya. Mereka berkata: “maha suci Allah! Hamba yang paling
dimuliakan Allah taala ini begitu mengambil bearat, hal keadaan umatnya.
Fatimah r.a bertanya: “di mana aku hendak
mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda saw
menjawab: “kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang
memberi minum umatku.”
Tatkala umat nabi Muhammad sedang mencari mimbar nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah
Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat nabi Muhammad saw dia
berkata: “ini umat nabi Muhammad saw. Mereka telah sesat dari nabi
mereka.”
Suara Mariam, telah didengari oleh nabi
Muhammad saw. Nabi Adam a.s berkata kepada nabi Muhammad saw “ini
umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta
syafaat kepada Allah taala”
Nabi Muhammad saw menjerit dari atas
minbar lalu bersabda: “marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa
yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu
melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah taala untukmu!”
Umat nabi Muhammad saw berkumpul di
sisinya. Ketika di atas sirat, nabi Muhammad saw bersabda kepada
malaikat malik: “wahai malik! Dengan kebenaran Allah taala ke atasmu,
palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika
tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.
Nabi Muhammad saw berhenti di atas sirat
Setiap kali, baginda saw melihat seorang
dari umatnya bergayut di atas sirat, baginda saw akan menarik tanganya
dan membangunkan dia kembali.
Nabi Muhammad saw berkata “tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
Sahabat muslimin dan muslimat…Pernah kita fikir selama ini adakah kita jalankan segala saranan Rasulullah??
Pernah kita fikir pengorbanan baginda???
Pernah kita ada rasa untuk mencintai baginda???
Pernah kita hargai betapa sayangnya baginda pada kita???
Tika sakaratul mautnya…..
Perkataan apa yang keluar dari mulut baginda???
Ummati…ummati…ummati….
Pernah kita hargai betapa cintanya baginda pada kita???
Tika jasadnya dibangunkan…
Perkataan apa yang keluar dari mulut baginda???
Ummati…ummati…ummati….
YA ALLAH…
tiada kata yang bisa keluar dari mulut ini…
tiada ungkapan yang dapat digantikan dengan betapa kasihnya Rasullullah pada umatnya..
Cintailah Rasulullah saw, kerana sesungguhnya baginda amat menyayangi kita semua khususnya kepada UMATnya yang tercinta. Sayangnya Rasulullah kepada kita…