1. Sesiapa yang
berwudhuk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan
dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam
keadaan berwudhuk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha
mencari keredhaanNya.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha
mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati , mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
7.
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di
kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk
menerokai pelbagai ilmu.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
11.
Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan
sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu
pemberian orang lain.
13.
Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam
jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang
dihadapi oleh para nabi.
15.
Perbaharui wudhuk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak
fadhilat. Hadis : Sesiapa yang berwudhuk dalam keadaan suci, ALLAH
catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Daud.
17.
Nabi Muhamad S.A.W seri ng menghadap kekanan sedikit setelah solat
berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir
dan doa seketika bersama makmum.
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
20.
Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat
subuh, Maghrib dan isya ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang
bencana.
22.
Setelah bersolat Nabi Muhamad S.A.W. memohon ampun
(astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi
adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
24.
Apabila Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan
- Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang
berada di kiri badan) mengepam darah.
26.
Ketika Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq
dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)
mohon perlindunganNYA) - Bukhari.
28.
Wudhuk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi
menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwudhuk tanpa perlu
mandi wajib jika ingin tidur.
30.
Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadis : Sahabat melihatNabi
berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana
bimbang terdedah aurat) - Bukhari.
32.
Adakalanya Nabi Muhamad S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas
(mudah) - Abu Daud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan
sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati , sesiapa yang berhajat menemui Nabi Muhamad S.A.W dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
35.
Nabi Muhamad S.A.W. seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat.
Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka
tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.
37.
Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadis : Apabila Nabi
bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana
dibimbangi terpercik) - Abu Daud.
39.
Sabda Nabi Muhamad S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak
100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya - Abu Naim.
41.
Sesiapa yang seri ng mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH
akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
43.
Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadis : Apabila kamu sekalian
melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda
penghormatan) - Muttafaq Alaih.
45.
Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi seri ng melakukannya
ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba
terhadap ALLAH - Abu daud.
47.
Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila
mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika
salamnya tidak berjawab, beliau beredar.
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadis : Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah - Ad-Dailami.
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL….TAK DAPAT SEMUA SIKIT PUN DAH OK..HEHEHHEHEEE