الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على رسول الأمين وعلى آله
"Bapak saya pun tak pernah pukul saya, tahu tak cikgu!"
"Bapak saya tak pernah tengking saya macam ni tau!"
"Bapak saya pun tak pernah sentuh muka saya, cikgu pula lebih-lebih!"
"Bapak saya.....bla bla bla..."
"Bapak saya.....bla bla bla..."
Hembusan Itu
الحمد لله رب العالمين
والصلاة و السلام على سيّدنا محمد و على آله
1. Pernah tak suatu masa, ketika kita susah nak bangun subuh, satu hari kita terbangun di tengah pagi sebelum subuh dan rasa segar bugar? Atau kerap kali kita gagal mendengar bunyi 'alarm' yang berdengung-dengung, tetapi satu hari kita terkejut dengan bunyi 'alarm' itu untuk bangun subuh?
2. Terkadang bila kita berjalan dan melintasi seorang pengemis, hati kita rasa kasihan dan nak hulurkan sedikit duit. Tiap-tiap hari kita melalui jalan yang sama, tetapi hari itu pula rasa kasihan itu datang.
والصلاة و السلام على سيّدنا محمد و على آله
1. Pernah tak suatu masa, ketika kita susah nak bangun subuh, satu hari kita terbangun di tengah pagi sebelum subuh dan rasa segar bugar? Atau kerap kali kita gagal mendengar bunyi 'alarm' yang berdengung-dengung, tetapi satu hari kita terkejut dengan bunyi 'alarm' itu untuk bangun subuh?
2. Terkadang bila kita berjalan dan melintasi seorang pengemis, hati kita rasa kasihan dan nak hulurkan sedikit duit. Tiap-tiap hari kita melalui jalan yang sama, tetapi hari itu pula rasa kasihan itu datang.
Musuh Yang Dicintai
الحمد لله ربّ العالمين
والصلاة و السلام على رسول الأمين سيّدنا محمد ولى آله و صحبه أجمعين
1. Jarang-jarang kita mendengar ungkapan seperti, "Kau musuhku, tapi aku cinta kamu", kalau kedengaran pun, hanya di dalam filem-filem cinta. Umpama sambal cili padi, pedas tapi nak lagi!
2. Pelik tapi benar, kita mengakuinya sebagai musuh, tetapi kita mencintainya. Itulah nafsu.
Patuhlah pada agama
“Sesiapa yang bertaqwa kepada
Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya),
nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara
yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka.
Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat)
kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di
kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya
tiap-tiap sesuatu.”
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
18 Sebab Jin Merasuk Manusia..
Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
Jom amalkan
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menceritakan kepada kami tentang
kaifiyat (kelebihan) doa ini. Bacakan 3 kali setiap kali sebelum
memulakan sebarang perjalanan. Jika dalam waktu membaca itu ada gangguan
yg membuatkan kita berhenti membaca
seperti deringan telefon, orang memanggil kita atau apa sahaja,
diisyaratkan kepada kita bahawa sebaiknya menangguhkan sebentar
perjalanan kita itu. Tunggu sehingga 5 minit, bacakan sekali lagi, dan
jika tiada halangan, teruskan perjalanan. Sekiranya masih lagi
terganggu, tangguh terus perjalanan kerana boleh jadi akan ada halangan
diperjalanan. Wallahua'lam - Admin
*Doa ini boleh dibaca setiap waktu, selepas solat, mohon dihindarkan segala bentuk musibah/bencana kepada diri & keluarga.
*Doa ini boleh dibaca setiap waktu, selepas solat, mohon dihindarkan segala bentuk musibah/bencana kepada diri & keluarga.
KIAMAT menurut Agama Islam
Bacalah mesti seronok KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dgn:
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
- Pemusnahan/runtuhnya Kabah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
- Pemusnahan/runtuhnya Kabah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
Adat Perkahwinan Yang Selari Dengan Tuntutan Islam
Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan "biar mati anak, jangan mati adat". Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup. Dalam masyarakat Melayu adat masih diamalkan terutama dalam majlis perkahwinan.
Cara Berkasih Sayang Mengikut Sunnah
1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan
Perkara Utama Untuk Kesejahteraan Rumahtangga
Secara umumnya, setiap isteri pasti ada keinginan atau keperluan yang amat penting dalam hidup mereka. Isteri biasanya memerlukan sesuatu daripada suaminya bagi melengkapkan hidupnya bersama suami dan seterusnya dapat melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan tersebut dan bagaimanakah caranya seorang suami melakukannya?
Inginkan perhatian
Seorang wanita mungkin sudah mendapat perhatian dan didikan daripada saudara mara, anak-anak, adik-beradik dan rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, perhatian sebegitu tidak bermakna dan tidak dapat memuaskan hatinya sebagaia seorang isteri selagi mana dia tidak mendapat perhatian sebegitu rupa daripada suaminya sendiri. Oleh hal yang demikian, suami mestilah menujukkan sikap prihatin dan didikan yang mantap kepada isteri, sama ada melalui tutur kata atau perbualan, tingkah laku, riak muka, gerakan dan juga perasaannya. Apabila suami memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada isteri, si isteri pasti akan berasa bahawa mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hidup suami. Keperluan inilah yang diperlukan dan amat didambakan oleh seorang isteri.
Ingin difahami
Suami perlu betul-betul memahami situasi dan keadaan isteri kerana reaksi sebeginilah yang akan mempengaruhi perasaan dan tingkah laku isteri. Hal ini kerana, isteri menganggap suaminya faham akan keperluan kewanitaannya dan faham situasi yang dihadapinya sebagai seorang wanita dan juga sebagai seorang isteri. Cara terbaik untuk seorang suami menghadapi keadaan ini adalah dengan membuatkan isteri berasa dihormati dan disanjungi. Suami tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan konflik atau krisis akibat daripada ketidakfahaman suami. Lebih-lebih lagi semasa isteri berada dalam situasi yang kurang stabil seperti masalah ketika datang haid, nifas atau penyakit-penyakit lain yang boleh mempengaruhi perilaku dan emosi seorang wanita. Suami juga dinasihatkan agar tidak meminta atau memerintah isteri untuk membuat sesuatu yang di luar kemampuannya. Cubalah untuk memahami dirinya dengan lebih mendalam.
Ingin haknya dipenuhi
Setiap insan pasti mempunyai hak untuk bersuara dan melakukan apa sahaja yang memang menjadi haknya setiap masa. Namun begitu, mengapa masih ada sesetengah suami yang melarang isterinya untuk mendapatkan hak tersebut? Bukankah isteri juga seorang manusia, yang juga mempunyai perasaan yang perlu diketahui oleh suami? Isteri harus memperoleh hak-hak tersebut walaupun kadangkala hak tersebut disekat dan dilarang oleh suami yang tidak mempunyai pengetahuan terhadap keperluan dan hak itu. Setiap pasangan suami isteri tidak boleh menyekat hak pasangan mereka apabila mereka sudah ditakdirkan untuk bersama dalam ikatan perkahwinan.
Apabila keperluan yang didambakan isteri ini dipenuhi oleh suami, sudah pasti kehidupan berumahtangga pasti akan lebih berseri-seri dan menyebabkan isteri berasa begitu dihargai dan dihormati. Inilah yang menjadi impian dan harapan setiap insan yang bergelar isteri iaitu untuk memiliki seorang suami yang sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi keperluan dirinya.
3 Perkara Yang Diperlukan Oleh Suami
Suami merupakan seorang lelaki yang kelihatan kuat dan tegas dari luarannya, namun pasti ada sisi lembut atau sisi dalamannya yang memerlukan sesuatu daripada isterinya bagi memenuhi keperluan dirinya. Semua keperluan ini penting untuk setiap isteri tahu dan ambil berat agar suami dapat memberikan kasih sayang sepenuhnya dan tidak berbelah bahagi kepada mereka.
Kepercayaan
Suami amat memerlukan kepercayaan dan penghormatan daripada seorang isteri terhadap dirinya Hal ini kerana, semua pengorbanan yang dilakukan oleh suami adalah bertujuan untuk mendapatkan penghormatan dan kepercayaan daripada isterinya sendiri. Semua pengorbanan tersebut semestinya memerlukan masa, tenaga dan fikiran yang banyak daripada suami. Jadi, tiada salahnya untuk suami mendapat kepercayaan daripada isterinya sendiri. Namun, jika isteri masih tidak sedar akan keperluan untuk mempercayai suaminya sendiri, sudah tentu ini akan merosakkan semua rancangan suami yang menaruh harapan kepada isteri untuk mempercayainya.
Penghargaan dan pujian
Sebagai seorang suami, dia semestinya bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh bagi memenuhi keperluan kebendaan dengan anggapan bahawa dia melakukan semua ini hanyalah untuk isterinya. Semua pemberian ini yang diberikan oleh suami semata-mata untuk membahagiakan isteri dan keluarganya dengan sentiasa memberikan perhatian dan perlindungan kepada mereka sepatutnya diberikan penghargaan oleh isteri. Tunjukkanlah penghargaan dan pujian kepada mereka atas segala yang telah mereka lakukan. Seorang isteri perlu menunjukkan rasa terima kasih kepada suami, mengakui segala ucapan dan perbuatan suami dengan baik, serta menghargai pendapat, fikiran dan cadangannya. Jangan sekali-kali mengatakan bahawa dia langsung tidak pernah memberikan apa-apa dalam perhubungan mereka.
Sokongan dan kata-kata semangat
Seorang lelaki sebagai suami sentiasa mahu menjadi seorang ketua yang kuat dan tegas seperti yang diingini oleh isteri. Suami akan sentiasa berusaha untuk mempertahankan sifatnya ini di mata isteri. Namun, untuk mengekalkannya sifatnya itu, suami memerlukan sokongan dan kata-kata semangat daripada isterinya untuk mereka terus kuat dan tabah bagi mengurus dan mempertahankan keluarganya. Dorongan semangat yang diberikan oleh isterinya akan menguatkan tekadnya untuk sentiasa tabah, mendorongnya dalam menghadapi segala rintangan dengan pendirian yang kuat untuk terus berjaya. Apabila suami menghadapi saat-saat kegagalan, teruslah berada di sisinya dan berkata kepadanya bahawa dia telah melakukan yang terbaik dan termampu untuk kebahagiaan mereka. Dengan sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh isteri, suami akan bertambah semangat dan gigih bekerja demi keluarga tercinta.
Oleh hal yang demikin, teramatlah penting buat seorang isteri untuk terus berada di samping suami tidak kira ketika senang atau susah. Berikanlah kata-kata semangat dan sokongan sepenuhnya dalam setiap perkara yang dilakukan suami. Mereka sangat memerlukan sokongan daripada isteri mereka sendiri kerana semua perkara yang dilakukan oleh suami hanyalah untuk kesempurnaan dan kebahagiaan perkahwinan mereka juga.
9 Sebab hati tidak tenang
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :
Betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada umatnya
Betapa besar cinta Rasulullah kepada
kita, tetapi sedetik pun kita tak rasa cinta kepada Rasulullah, langsung
tidak rasa bersalah apabila meninggalkan sunnah baginda..
“Ya Allah, kau tanamkanlah rasa cinta ku kepada Mu dan Rasul-Mu”.. Tak
dapat bayangkan macam mana perasaan para sahabat ketika nabi wafat.
Tapi kita sekarang, tak rasa sedih langsung walaupun Rasulullah telah
meninggalkan kita.
Daripada Abbas r.a Rasulullah saw bersabda : “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad saw”
Jibrail a.s akan datang kepadanya membawa
seekor buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang
membawa pakaian-pakaian syurga. Israfil bersuara “wahai roh yg baik !
Kembalilah ke tubuh yg baik maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yg
kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika
rasulullah saw berdiri, baginda saw telah membuang tanah di atas kepala
dan janggut baginda saw. Baginda saw melihat kanan dan kiri. Baginda saw
menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
JANGAN BERGELAK KETAWA DI DALAM MASJID
Masjid itu rumah Allah. Di dalamnya dipenuhi barakah dan menjadi medan ibadah. Menghormati masjid sebagai lokasi mulia memang dituntut oleh kita. Sebagaimana kisah yang pernah berlaku ketika zaman Nabi.
Ketika itu, Nabi datang ke masjid untuk menunaikan solat. Baginda terlihat beberapa orang sahabat sedang bergelak ketawa. Lantas baginda menegur sikap mereka dan bersabda,
5 Rahsia Besar Solat Sunat Di Waktu Malam
Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau
sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga
terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah
masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai
untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada
Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.
Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.
Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim)
MANIS TUTUR KATA
Mengenai manis tutur kata pula merupakan satu perkara yang tidak kurang
pentingnya, kalaupun tidak lebih penting dari yang lain. Perkataan para
pendakwah merupakan alat penghubung antaranya dengan orang ramai, ia
juga merupakan alat untuk menyampaikan sesuatu maksud dan fikrah, oleh
itu kiranya para pendakwah dapat memelihara lidahnya, menguasai
percakapannya, berupaya untuk memilih perkataan-perkataan yang baik-baik
dan susunan kata yang indah, bererti beliau telah mampu menarik hati
orang ramai dan sekaligus beliau berjaya menyelam masuk ke dalam hati
dan diri mereka.
ADAD BERHADAPAN DENGAN SUAMI
Kehadiran
suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya
isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap keulangannya
suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan
tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang
masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri
sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI US MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH S.W.T DALAM SUJUD
'Seorang doktor (Dr. Fidelma O'Leary, NeuroScience professor at St.
Edwards University) di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana
beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum
dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal
fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat
yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah
klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..
CARA MEMBASUH URI
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.
Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Doa ketika kesusahan
Amalkan Doa Nabi Yunus a.s. Ketika Dalam Kesusahan
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
"Daripada Abu Abdillah bin Abd Rahman bahawa apabila Nabi Yunus a.s. berdoa bermunajat dengan doa :
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
ketika berada di dalam perut ikan, sampai suaranya ke Arasy Allah.
Malaikat memberitahu Allah SWT tentang doa hamba-Nya yang daif dari tempat yang asing.
Lalu Allah SWT bertanya kepada para malaikat : "Tahukah kamu suara siapa itu?"
Malaikat menjawab : "Tidak ya Allah"
Allah SWT memberitahu, "Itulah suara Yunus hamba-Ku."
Malaikat mengatakan,"Ya Allah, Engkau Maha Pengampun terhadapnya. Dia sentiasa mengingati-Mu ketika senang, maka ingatlah dia ketika dalam kesusahan."
Allah menjawab : "Sudah tentu"
KASIHNYA RASULULLAH KEPADA KANAK-KANAK
RASULULLAH senang bermain-main (menghibur) dengan anak-anak dan kadang-kala baginda memangku mereka.
Baginda pernah menyuruh Abdullah, Ubaidillah dan anak anak lain untuk berbaris lalu berkata, “siapa terlebih dahulu sampai kepadaku akan ku beri sesuatu (hadiah). Mereka pun berlumba-lumba menuju ke arah baginda, kemudian anak-anak itu duduk di pangkuannya lalu Rasulullah menciumi mereka dan memeluknya”.
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)

















