Jika mereka tetap dengan pendirian mereka untuk mengotori kesucian bulan
Ramadhan, bermakna mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang
fasik, sentiasa bergelumang dengan kemaksiatan y7ang akhirnya membawa
kepada murtad dan kekufuran kepada Allah SWT. Nauzubillah...
Semoga Allah SWT melindungi kita.
Nota Tambahan:
Dalam setahun kita akan menempuh sebanyak 12 bulan. Dalam setahun itulah
kita akan menemui satu bulan yang lain daripada yang lain. Bulan
tersebut dipanggil sebagai bulan Ramadhan.
Kepada mereka yang berkesempatan berjumpa dengan bulan Ramadhan, tetapi
menjadikan bulan Ramadhan sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain, maka
sungguh malang baginya.
Ini kerana, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat istimewa. Tidak
dapat disamakan dengan bulan-bulan yang lain seperti bulan Syawal dan
sebagainya.
Allah SWT menjanjikan pada bulan tersebut, terdapat satu malam jika
dilaksanakan ibadah pada malam tersebut dengan penuh kusyuk dan iklas,
ganjaran yang diperolehi lebih baik daripada beribadah selama seribu
bulan (83 tahun). Malam tersebut ialah Lailatul Qadar.
Lebih malang lagi apabila nama sahaja Muslim, tinggal juga di kawasan
orang-orang Muslim tetapi dalam masa yang sama telah mencemarkan nama
baik Islam. Pada bulan Ramadhan, mereka cemarkan dengan kemaksiatan,
kerana bagi mereka bulan Ramadhan sama sahaja dengan bulan-bulan yang
lain.